Saturday, November 1, 2014

Tentang Proposal Lagi

Semalam aku pergi jumpa sV, Puan S, nak semak proposal aku. Ini dah kali ketiga hantar, dan seperti yang dijangka, ada lagi perubahan yang kena buat.

Okay, sebelum tu, meh aku citer sikit pasal proposal tu secara ringkas,

Dalam proposal tu, kena ada,

1. Proposal Format : 
  • Untuk contoh template, dan rasanya kamu boleh rujuk contoh template proposal di universiti masing-masing

2.Proposal Title : 
  • Untuk dapatkan tajuk, ada dua cara: (tajuk sendiri atau tajuk supervisor kamu)
  • Kalau nak guna tajuk sendiri, bolehlah sambung daripada tajuk projek masa Degree. Atau mungkin ada tajuk baru yang kamu rasa relevan di masa sekarang
  • Tapi kalau nak guna tajuk supervisor, kamu kena terima risiko belajar benda baru. Tapi yang best, semua benda baru, jadi keinginan untuk tahu itu bermula dari kosong. Supervisor, universiti dan tajuk baru. 

3.Research Background/Introduction :


  • Cari rujukan dulu, yang berkaitan dengan tajuk sebanyak yang mungkin
  • Rujukan terbaik untuk proposal adalah daripada jurnal-jurnal yang telah diterbit
  • Selepas siap proposal, bila buat literature review barulah kita kumpulkan segala jurnal-jurnal dan buku-buku sebagai rujukan
  • Banyak sebenarnya link yang berkaitan dengan jurnal tetapi kena pandai pilih yang kita boleh access, since kita belum ada student card, so kita takda lagi access to those links kan
  • Selepas baca dan ringkaskan, kita boleh masukkan dalam part ini, saya yakin ia akan nampak padat dan meyakinkan

4. Problem Statement/Hypothesis :
  • Ha..yang nie, boleh rujuk pada jurnal-jurnal yang telah dibaca
  • Ambil semua masalah-masalah yang belum ada penyelesaian daripada jurnal hasil kerja penyelidikan
  • Jadikan masalah itu soalan penting untuk projek anda
  • Jawapan pula ada pada bahagian seterusnya, iaitu 'Objective'

5. Objective:
  • Jawapan kepada masalah yang telah dinyatakan dalam 'Problem Statement'
  • Pastikan objektif adalah realistik dan mampu dicapai di akhir Projek nanti
  • Tak perlu banyak, 2-3 objektif pun dah cukup
  • Kaitkan dengan kelebihan yang ada pada projek/sistem yang kamu cadang tersebut

6. Proposed Methodology:
  • Biasanya, dalam bentuk flowchart untuk menunjukkan prosedur atau langkah-langkah yang diambil sepanjang proses research kita nanti
  • Dan jangan lupa, explain sekali ya.

7.Expected Outcome:
  • This is just a vision on how our outputs will be looks like
  • You can explain by words or by the aid of diagrams

8. Gantt Chart :
  • Ini adalah timeline untuk perancangan sepanjang tempoh belajar
  • Contoh di bawah adalah untuk Master 2 tahun 
Source: Research Proposal Template, Feng, UNIMAS

9. Reference :
  • Letak jurnal sebagai senarai rujukan
  • Susun mengikut susunan yang sama sepertimana susunan yang dibuat dalam Introduction tadi.

P/S: Kalau ada terkurang, sila tambah-tambahkan ye. Good luck kawan-kawan. 

No comments:

Post a Comment