Sunday, November 9, 2014

Amaran Keras: Backup Data Anda Dari AWAL!

Bismillah,

Ini kisah sedih di awal perjuangan aku.

Semalam punya cerita. Aku nak repair proposal. Biasalah, bila mood rajin datang tengah-tengah malam. Eh, sebenarnya alang-alang tunggu cerita drama TV3 habis. Syok jugak cerita tu. 'Tangis Yang Tiada Noktah'. Selepas saja habis cerita tu, aku pun buka lah dokumen proposal yang perlu di repair (dalam format .doc).

Bila buka saja, memang takda masalah. Sambil layan tv kat depan, borak-borak dengan kawan aku kat sebelah, sambil tu kepala aku carik idea dan tangan laju menaip takut-takut idea hilang. Permulaan yang tiada masalah.


Dan biasanya setiap kali satu perenggan, ataupun kalau ada masa 'pause' sekejap, aku akan save dokumen tu. Dan bila aku save kali ini, tiba-tiba ada masalah pulak. Dokumen tu tak boleh save, tapi boleh automatik save dan convert dari dokumen Word'03 (format .doc) menjadi Word'07 (format .docx). Aku simpan rasa cuak itu. Selalunya, masih ada backup dokumen dalam bentuk auto-save, pujuk hati. 

Okay, masa tu aku dah rasa seram sejuk, dah rasa 50-50. Dalam hati, aku berharap masalahnya disebabkan format dokumen semata-mata. Jadi aku terus convert dokumen (format .docx) tukar jadi dokumen (format .doc) melalui pelbagai converter percuma yang ada di Internet. Bila aku buka balik dokumen yang dah di convert menjadi (format .doc), tak disangka-sangka ia revert balik kepada dokumen asal template proposal tersebut. Maknanya, ia kosong. Kembali kepada template asal. KENAPA??? Yang ada hanyalah kata-kata panduan untuk setiap bahagian-bahagian penting yang ada dalam proposal. 

Masa tu, aku tahu aku dah takda pilihan lain, melainkan mencari ayat yang hilang, terutama bahagian 'Introduction/Research Background', di mana aku mengambil masa berhari-hari untuk mencuri masa harian aku. Arghhhh! Untuk bahagian-bahagian lain, nasib baik masih ada hardcopy proposal yang boleh dijadikan rujukan.

Mungkin dokumen 'corrupt' memandangkan laptop company yang aku pinjam dari bulan lepas semenjak laptop aku 'sakit', serba kekurangan. Microsoft Office nya pun masih dalam format 2003, jadi semua mesti lah akan jadi format .doc kan? Okay, noted. Sambung lagi perjalanan buat semula proposal dari ZERO.

Tanpa sedar, aku buat proposal tu dimulakan dengan pecahnya takungan air mata aku. Kepala aku sempat lagi mengimbas cerita dari sahabat sekerja yang sudah punya Master, katanya dia pernah kehilangan dokumen seluruh tesisnya. Seminggu juga dia menangisi nasib. Bukan kerana kami perempuan, dan bukan kerana kami cengeng, kami jadi menangis kecewa seperti itu. Tapi mengenangkan betapa banyak masa telah dilabur untuk itu, malah untuk memerah lagi idea itu, bukan semudah mulut kita berkata-kata. 

Teringat kisah dia yang lebih malang, lama-lama air mata aku kering dan tangan makin laju menaip. Kata hati, 'kalau kau kecewa, dia lagi kecewa kan. Kau dapat bayangkan? Tapi hanya Tuhan saja tahu perasaan itu. Mungkin ada hikmah, menulis dari kosong mungkin hasilnya lebih teliti dan kemas.' 

Ya, aku nampak hikmah itu. Terima kasih Allah. 

Satu lagi hikmah, BACKUP. Sebenarnya, dari tadi tak tidur lagi dan aku menulis ini selepas aku baru saja habis menyiapkan proposal bahagian 'Introduction/Research Background' di awal pagi. Selepas ini, nak kena sambung balik menaip dari bahagian-bahagian hardcopy yang ada. Sebelum apa-apa jadi lagi, aku dah send backup document pada beberapa email aku, dan send juga pada dropbox. Cukuplah sekali ini aku menangisi untuk sebab hilangnya dokumen. Semoga dipermudahkan selepas-selepas ini. Aamin.

P/S: Sebenarnya, kawan-kawan dah pesan dah. Jangan lupa sediakan banyak tempat backup contohnya beberapa akaun email, dropbox, dan beberapa pendrive/external hard disk. Aku tahu, tapi aku degil. Mentang-mentang baru tahap buat proposal. Hahaha...Harap sama-sama jadi iktibar. :)

No comments:

Post a Comment