Wednesday, October 29, 2014

Pengorbanan dalam Kembara

Bismillah,

Sekarang ini aku masih dalam proses membaca dan ringkaskan jurnal-jurnal yang berkaitan dengan projek dalam lingkungan 5-10 tahun yang lepas. Itu pun sekejap ada masa, sekejap tidak. Hmm, ini baru kerja rumah pertama untuk siapkan project proposal. Proposal saya kali ini perlu ada pembaikan sedikit dari segi format dan rujukan,
  1. Format - sebelum ini, aku guna standard format saja padahal ia bergantung kepada template universiti itu sendiri
  2. Rujukan - sebelum ini, kebanyakkannya aku gunakan buku-buku sebagai rujukan (sepatutnya jurnal hasil kajian digunakan)

Nasib baik supervisor aku, Puan S, sangat bersemangat memberi banyak jalannya supaya aku lebih bersemangat. Belum tahap membanggakan lagi, tapi sudah boleh berdiri sikit-sikit.

Okay, cerita berkaitan dengan proposal, kita tinggalkan dulu,

Tuesday, October 28, 2014

Permulaan dengan Bismillah!

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Semoga kali ini niat tekad ini tidak beralih arah,

Blog baru ini aku buat untuk catatan harian atau mungkin bulanan dan tahun demi tahun untuk kembara baru aku,
Kembara baru aku sebagai seorang pelajar Master,
Semoga setiap tulisan aku boleh jadi semangat buat aku, bila aku terlupa aku boleh baca balik,
Dan semoga segala tulisan aku di sini boleh jadi rujukan kepada yang sedang atau akan menyambung belajar,
Kita sama-sama manfaatkan okay.

Nama blog ini sendiri pun dah membawa makna spesifik kembara aku,