Bismillah,
Sekarang ini aku masih dalam proses membaca dan ringkaskan jurnal-jurnal yang berkaitan dengan projek dalam lingkungan 5-10 tahun yang lepas. Itu pun sekejap ada masa, sekejap tidak. Hmm, ini baru kerja rumah pertama untuk siapkan project proposal. Proposal saya kali ini perlu ada pembaikan sedikit dari segi format dan rujukan,
- Format - sebelum ini, aku guna standard format saja padahal ia bergantung kepada template universiti itu sendiri
- Rujukan - sebelum ini, kebanyakkannya aku gunakan buku-buku sebagai rujukan (sepatutnya jurnal hasil kajian digunakan)
Nasib baik supervisor aku, Puan S, sangat bersemangat memberi banyak jalannya supaya aku lebih bersemangat. Belum tahap membanggakan lagi, tapi sudah boleh berdiri sikit-sikit.
Okay, cerita berkaitan dengan proposal, kita tinggalkan dulu,
Kembali pada tajuk post hari ini, PENGORBANAN,
Sesuatu yang pelik tentang kita ini,
Kadang-kadang kita terlampau objektif tentang pengorbanan,
Padahal pengorbanan itu sendiri adalah salah satu benda subjektif,
Mungkin nampak ringan mulut menyebut,
Tapi berat untuk kudrat kita berkorban,
Silapnya,
Aku ingatkan korban itu hanya setakat pada MASA & WANG semata-mata,
- WANG - Bajet semua difokuskan pada pelaburan untuk Master, tiada lagi bersuka ria setiap kali hujung bulan, payday selepas ini hanya hari-hari biasa bukan hari istimewa lagi buat saya
- MASA - Masa pulak, termasuk masa tidur, dan masa membazir masa dengan TV & Internet mestilah cepat-cepat dijimatkan
Rupa-rupanya lebih dari itu,
Kebelakangan ini, saya sedih dan kecewa dengan diri sendiri,
Betapa banyak benda nak dikorbankan,
Dan kebanyakkannya adalah sesuatu yang aku suka buat,
Berbalik kepada cerita kecewa aku,
Februari 2015 adalah tarikh pendaftaran Master aku,
Dan juga tarikh-tarikh penting sahabat-sahabat tercinta,
Kalau boleh, aku tak nak terlepas tarikh bermakna mereka yang bakal menjadi Puan,
Itu dari segi MASA,
Februari 2015 pun tarikh saya kena bayar road tax & insurans,
Itu cabaran dari segi WANG,
Aku sayang nak tinggalkan segala-gala yang pernah jadi rutin aku,
Dan aku betul-betul nak pergi majlis kahwin kawan-kawan baik aku,
Tapi..............apa daya aku?
P/s: 'Prepare for the worst', di mana rutin paling kau sayang perlu kau tinggalkan. 'Do for the best', di mana kau kena buat yang terbaik walaupun sakit. Ingat destinasi, MengFeng! Sambil nangis dalam hati, tutup laptop.
No comments:
Post a Comment