Monday, November 17, 2014

Tentang Proposal Lagi II




Ini sambungan cerita dari 'Tentang Proposal Lagi'

Jumaat lepas (14 Nov 2014), aku jumpa Puan S lagi. Katanya, nak bagi sedikit review berkaitan dengan proposal aku. Semenjak tukar title hari tu, aku kena juga tukar jurnal sebagai bacaan dan rujukan. Itu cabaran. Tapi ditambah dengan dugaan bahawa aku kena buat lagi sekali from zero, due to the crashed document --> rujuk cerita nie.

Sunday, November 9, 2014

Amaran Keras: Backup Data Anda Dari AWAL!

Bismillah,

Ini kisah sedih di awal perjuangan aku.

Semalam punya cerita. Aku nak repair proposal. Biasalah, bila mood rajin datang tengah-tengah malam. Eh, sebenarnya alang-alang tunggu cerita drama TV3 habis. Syok jugak cerita tu. 'Tangis Yang Tiada Noktah'. Selepas saja habis cerita tu, aku pun buka lah dokumen proposal yang perlu di repair (dalam format .doc).

Bila buka saja, memang takda masalah. Sambil layan tv kat depan, borak-borak dengan kawan aku kat sebelah, sambil tu kepala aku carik idea dan tangan laju menaip takut-takut idea hilang. Permulaan yang tiada masalah.

Saturday, November 1, 2014

Tentang Proposal Lagi

Semalam aku pergi jumpa sV, Puan S, nak semak proposal aku. Ini dah kali ketiga hantar, dan seperti yang dijangka, ada lagi perubahan yang kena buat.

Okay, sebelum tu, meh aku citer sikit pasal proposal tu secara ringkas,

Dalam proposal tu, kena ada,

1. Proposal Format : 
  • Untuk contoh template, dan rasanya kamu boleh rujuk contoh template proposal di universiti masing-masing

2.Proposal Title : 
  • Untuk dapatkan tajuk, ada dua cara: (tajuk sendiri atau tajuk supervisor kamu)
  • Kalau nak guna tajuk sendiri, bolehlah sambung daripada tajuk projek masa Degree. Atau mungkin ada tajuk baru yang kamu rasa relevan di masa sekarang
  • Tapi kalau nak guna tajuk supervisor, kamu kena terima risiko belajar benda baru. Tapi yang best, semua benda baru, jadi keinginan untuk tahu itu bermula dari kosong. Supervisor, universiti dan tajuk baru. 

3.Research Background/Introduction :


  • Cari rujukan dulu, yang berkaitan dengan tajuk sebanyak yang mungkin
  • Rujukan terbaik untuk proposal adalah daripada jurnal-jurnal yang telah diterbit
  • Selepas siap proposal, bila buat literature review barulah kita kumpulkan segala jurnal-jurnal dan buku-buku sebagai rujukan
  • Banyak sebenarnya link yang berkaitan dengan jurnal tetapi kena pandai pilih yang kita boleh access, since kita belum ada student card, so kita takda lagi access to those links kan
  • Selepas baca dan ringkaskan, kita boleh masukkan dalam part ini, saya yakin ia akan nampak padat dan meyakinkan